PANDANGAN ULAMA' SERTA SAINTIS
Pandangan ulama : Buah Zaitun
Menurut
Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok
yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun
yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun
yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak
ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses
menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan
lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan
kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat
melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan
menyingkirkan cacing di dalam badan.
Pandangan saintis :Buah Zaitun
Dunia
moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat
buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.
Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai
penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar
racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan
fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia
bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan
psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah,
Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu
dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak
zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai
"monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di
dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di
Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan
pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging
yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes
penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan
kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan
pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun
akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan
‘oleic acid' yang terdapat
didalamnya.
Kajian saintis :Buah kurma
KAJIAN
DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan
pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai
khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh
mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya
menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran,
memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan
membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan
tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah
tinggi.
Kajian
Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti
Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada
sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar,
merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping
menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut
hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda
dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan
darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci
hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak
sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia
juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar
kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering
|
%
|
Gula
|
Lebih 50
|
Protein
|
Lebih 2
|
Lemak
|
Lebih 2
|
Sumber Mineral
|
Lebih 2
|
Sumber:
Encyclopaedia Britannica CD99.
Pandangan ulama :Buah Delima
Menurut Ibn Qayyim Al
Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik
untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan
batuk. Sepertimana sabda daripada Rasulullah SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim
yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk
penghadaman".
Pada masa ini sudah ada
perusahaan membuat jus dari isi buah delima ini. Jus buah delima dapat
memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan. Mudah dihadam dengan
cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan
angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka
yang menghidap demam.
Ia bertindak sebagai
penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi
saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di
dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit
birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Bahagian kulit buah
delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis
cacing seperti cacing pita yang menjadi parasit mendiami perut manusia. Rasanya
yang pahit tidak enak untuk dimakan, tetapi amat bermanfaat
Kulit buah yang tebal
dapat mengekalkan kualiti buah ini walaupun disimpan dalam waktu yang agak
lama. Kulit serta batang buah delima dapat digunakan untuk melembut dan
menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit seperti di
Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak
tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang
amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia juga dikatakan dapat mengubati
pelbagai jenis penyakit...
Pandangan saintis :buah tin
Menurut Prof. Dr.Ir. Ali Khomsan, buah-buahan merupakan
sumber serat yang baik. Serat ini sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan
saluran penceranaan. Dengan mengkonsumsi banyak serat maka akan terhindar dari
penyakit seperti sembelit. Serat juga dapat mengikat zat karsinogen pemicu
timbulnyakanker di
saluran cerna.
Berdasarkan penelitian Californaia Fig Nutritional Information, buah tin mengandung
serat yang sangat tinggi. Setiap 100 gr buah tin kering terkandung 12.2 g serat
sedangkan apel hanya 2.0 g dan jeruk 1.9 g. Serat juga memberikan rasa kenyang
lebih lama sehingga cocok bagi orang yang sedang menjalani diet atau puasa.
Kandungan gula buah juga tinggi, dicerna sedikit demi sedikit di dalam tubuh
karena merupakan gula buah yang komplek. Cocok dikonsumsi sebagai hidangan menu
buka atau santap sahur untuk mengembalikan energi setelah seharian berpuasa
atau memberi energi selama berpuasa.
Dalam penelitian lain,
disebutkan bahwa tin juga mengandung asam lemak tak jenuh yang dibutuhkan bagi
kesehatan diantaranya omega-3 dan omega-6. Kelebihan yang lain, buah tin rendah
lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolesterol sehingga sangat cocok
dikonsumsi penderit diabetes mellitus.
Keistimewaan buah ini tidak
berhenti sampai disitu. Beragam vitamin dan mineral bermanfaat terkandung
didalamnya. Setiap 100 g buah tin mengandunng vitamin A, vitamin C, kalsium dan
zat bersi serta kalium. Kalium adalah mineral yang bersifat diuretik sehingga
membantu mengeluarkan garam dalam tubuh. Sangat baik dikonsumsi oleh penderita
hipertensi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan tubuh untuk menjaga dan
memelihara kesehatan organ tubuh kita. Sungguh buah yang kaya manfaat!
Pandangan
ulama :anggur
Menurut Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad
Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi atau lebih dikenal sebagai Ibnu al-Baitar
anggur adalah buah yang paling diminati. Ia juga tergolong paling baik
dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung banyak lemak. Ia dapat
menggemukan orang yang kurus, membersihkan darah, dan melancar saluran
pencernaan. Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang sakit, dan
menguatkan jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli botani Muslim terkemuka di era
kejayaan Islam di Andalusia. Anggur sangat efektif dalam membangun,
memperbaiki, dan memperkuatkan sel-sel tubuh.
manakala , Menurut
Jalaludin Abdurahman As Suyuti dalam buku Pengobatan Cara Nabi: Anggur bisa
menghangatkan tubuh dan membuat tubuh jadi gemuk, mengusir kelelahan,
menenangkan amarah,menajamkan syaraf, memperkuat senggama, dan menjernihkan
raut muka, serta membuat otak lebih cerdas .
Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalam buku Zadul Ma’ad :
Anggur bermanfaat menguatkan perut, hati dan jantung, mengobati sakit
kerongkongan, dada, paru-paru, ginjal dan saluran kemih.